Free SubDomain for your site, claim yours now...
http:// .

Thursday, February 5, 2009

FAQ

Disini saya ada sertakan 8 FAQ (Frequently Ask Questions) oleh mereka2 yang berminat nak jadik unit trust consultant. Di harap dengan jawapan yang saya telah berikan kepada mereka sebelum ini, moga mereka yang membaca thread ini terbuka hati untuk mencuba peluang perniagaan ini. Insyaallah dengan usaha yang bersungguh2, saya jamin mereka akan berjaya seperti agen-agen unit trust yang lain.

Soalan 1: Perniagaan Amanah Saham dgn MLM ?
Business ini bukan macam MLM, Unit trust consultant at Public Mutual (regardless CIMB ker, SBB Mutual ker) jual financial servis, bukan jual barang.. kita promote financial product with common objective iaitu untuk menggandakan nilai wang simpanan client kita from minimum RM 1000 ke beribu-ribu ringgit..

Soalan 2: Konflik of Interest dengan Majikan Anda
Tidak dinafikan memg mengikut kod etika bagi sesetengah kompeni (especially bank), anda sememangnya melanggar syarat2 kod etika pekerja. Namun, jangan anda bimbang, anda (part timer) tidak perlu melakukan urusan kerjaya bisnes ini during working hours. Sebaliknya, cuba berurusan dengan client anda during lunch hour, after working hours atau pun weekends.

Semasa saya melalui proses pendaftaran, saya telah di yakinkan oleh “upline” saya yang segala informasi mengenai diri saya adalah NON DISCLOSED. Nama saya tidak akan di paparkan dalam any newspaper atau whatsoever media. Insyallah, kalau niat kita murni, tuhan akan merestui kita asalkan kita tidak lupa tanggung jawab pertama kita itu.

Soalan 3: Terikat dengan kerjaya full time
Untuk pengetahuan semua, kerjaya unit trust consultant tidak memerlukan anda memantau (monitor) aktiviti pelaburan sepanjang masa. Ini kerana segala aktiviti pelaburan telah dikendalikan oleh Pengurus Dana. Tugas anda hanyalah memprospek (membuat sales) dan provide service after sales.

service after sales bermaksud anda hanya perlu meng”update” client anda tentang nilai pelaburan semasa mereka, menasihati mereka tentang detik masa yang sesuai untuk menjual, membeli atau menukar (switching) dan provide value added service seperti menguruskan transaksi wang, menghantar borang permohonan on behalf of them dan etc.

service after sales tidak perlu 24 jam sehari. Mungkin anda boleh membuat sebulan sekali, 2 minggu sekali,seminggu sekali, terpulang dan ia tidak akan mengganggu kerjaya full time anda kerana flexibilitinya yang tinggi. Dalam erti kata lain, anda boleh buat urusan-urusan tersebut during lunch hour atau after working hour. Terpulang kepada anda untuk bagaimana menguruskan masa anda.

Soalan 4: Tidak Mempunyai Ramai Kenalan
Terdapat 3 kategori prospek iaitu ahli-ahli keluarga anda, kenalan2 anda dan Cold Market (Org luar)
Tidak sukar untuk anda memprospek kategori (1) dan (2) di atas. Namun bagi Kategori (3), Public Mutual menyediakan platform untuk anda mendekati golongan ini. Anda boleh menyertai “roadshow” atau “booth” yang di buka di Shopping complexes dan juga mana-mana tempat tumpuan orang ramai. Di situ, anda boleh cuba mendekati sesiapa sahaja dan insyaallah, dalam 10 org yang anda dekati, at least 3-4 org yang terbuka hati.

Katakan anda merupakan seorang pekerja yang perlu berurusan dengan sesiapa sahaja selain daripada org ofis anda, nah…disini peluang anda lebih terbuka luas.setiap org yang anda jumpa dan berurusan, minta business card dia dan follow up tentang unit trust investment scheme ini pula later..

Tidak kira la sesiapa sahaja yang anda berjumpa dan bersembang dengannya, minta daripada mereka sekurang-kurangnya 5 org kenalan mereka. Ulangi proses ini setiap kali anda jumpa somebody.,Dengan berbuat demikian, senarai target prospek anda tidak akan kosong.

Soalan 5: Kurang Pengetahuan dalam Bidang Kewangan/Unit Trust
Anda tidak semestinya perlu berkelulusan dalam bidang kewangan untuk menjadi unit trust consultant. Aspek pengetahuan dalam bidang amanah saham bukan masalah besar kerana Public Mutual sentiasa give support by trainings, seminar, selling tools and etc. untuk para agent mereka mempersiapkan diri berhadapan dengan prospeks.

Kos2 latihan ini adalah murah (purata RM 10) dan fasilitatornya adalah terdiri dpd fund managers, agensi managers dan mereka yang berpengalaman. Upline-upline anda juga akan always keep in touch dengan anda in order to assist anda kalau sekiranya anda memerlukan panduan.

Soalan 6: Benefit menjadi Agent selain dpd Komisyen
Incentive
Free Overseas trip, Every year and fully sponsored by the company Public Mutual juga ada beri subsidy untuk sesapa yang nak buat Chartered Financial Planner. Bagi new registered agents, sekiranya mereka closed sales RM 50K dalam masa 6 bulan dari tarikh anda masuk, wang pendaftaran (RM 250) akan di refund balik

Benefit
Housing Loan, car loan, note book loan juga ada di beri dengan kadar subsidi yang menarik. Kita juga boleh buat cross selling products dengan menjual product Public Bank seperti housing loan, car loan, business load, credit cards, Insurans and etc. And of course ada separate komisennya jugak. Terdapat juga benefit2 lain seperti waive of service charge sekiranya agent sendiri nak make investment, free insurance coverage tetapi ia tertakluk kpd term and conditions by Public Mutual

Soalan 7: Bagaimana Unit Trust Agent Bole Survive/Jadi Kaya
Ini merupakan soalan yang mungkin paling popular bagi saya buat masa ini kerana sering di tanya ketika sesi interview. Menerusi “Career Benefit”,Public Mutual berkongsi keuntungan dengan memberi imbuhan kepada agent-agentnya dalam bentuk bayaran bulanan. Bayaran bulanannya berkadar kepada jumlah akaun client yang anda uruskan sepanjang tempoh anda berkhidmat dengan Public Mutual. Lebih lama anda serve Public Mutual, maka lebih besar lah Career Benefit anda. Untuk pengetahuan anda, this is the main features why some of unit trust agent boleh menikmati pendapatan 4 hingga ke 5 angka sebulan.

Rahsia kejayaan seorang unit trust consultant ialah merekrut agent seramai yang mungkin. Ini kerana dengan mempunyai bilangan agent yang ramai, maka bertambahla komisen yang bakal anda dapat. Untuk mencari agent juga tidak susah kerana business unit trust merupakan business yang popular dan produk pelaburannya merupakan produk yang paling di percayai. Oleh itu, market potential adalah sentiasa terbuka luas kerana ramai di luar sana sedang mencari jalan untuk menggandakan nilai wang mereka. Anda lah yang akan menunjukkan jalan..

Soalan 8: Bagaimana nak mendaftar & Yuran Pendaftaran?
Sebelum mendaftar, anda kena berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan berkelayakan at least SPM. Borang permohonan anda perlu di sertakan sekali dengan ic, Public Bank Saving Account (kalau takde, anda kena buka akaun untuk kredit commission), dan juga wang pendaftaran RM 250.


Contoh kejayaan yang telah di capai oleh our veteran dalam biz ini.. Just takenote,whatever she has experienced is about the same as other unit trust consultant faced before.. What we set in our mind to success is berusaha bersungguh2, don't give up dan ikhlas

http://www.utusan.com.my/utusan/arch...1.htm&arc=hive

Moga sesiapa yang berminat can contact me anytime..Insyallah, will serve u all the best of the best..

2 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas maklumat anda, amat berguna. Cuma saya syorkan gunakanlah Bahasa Melayu yang sempurna, bukan campur aduk dengan Bahasa Inggeris. Jangan lantik diri kita menjadi agen yang mencemarkan bahasa ibunda sendiri

Maafkan saya sekiranya menyinggung, tetapi ini ikhlas untuk masa depan Bahasa Melayu

Unknown said...

Terima kasih atas maklumat anda, amat berguna. Cuma saya syorkan gunakanlah Bahasa Melayu yang sempurna, bukan campur aduk dengan Bahasa Inggeris. Jangan lantik diri kita menjadi agen yang mencemarkan bahasa ibunda sendiri

Maafkan saya sekiranya menyinggung, tetapi ini ikhlas untuk masa depan Bahasa Melayu