Free SubDomain for your site, claim yours now...
http:// .

Thursday, February 19, 2009

Sibuk? Tak Ada Masa?

Sibuk­ atau 'tak ada masa' merupakan alasan yang popular bagi orang2 biasa apabila diajak mencebur diri dalam perniagaan. Saya sangat kesian bagi orang-orang yang sentiasa memberi alasan tak ada masa. Sebenarnya kita mengajak mereka untuk bersama-sama untuk mencari rezeki serta mengubah
kehidupan.

Kita mempunyai niat yang ikhlas untuk member peluang kepada mereka memandangkan keadaan gajinya yang kecil, anak-anaknya yang ramai.. tapi sebaliknya, tawaran kita itu seolah2 membebankan mereka. Kerana mereka begitu sibuk dan tak ada masa.

Bagi saya, Allah menyediakan masa 24 jam setiap hari. Orang-orang kaya mempunyai masa 24 jam sehari, begitu juga dengan orang miskin, papa-kedana atau pengemis, juga mempunyai masa sebanyak 24 jam sehari. Persoalannya, masa yang diberi adalah sama banyak setiap hari, tetapi kenapa orang kaya menjadi kaya dan orang miskin menjadi miskin?

Jawapannya ialah bukan soal tiada masa, tetapi soalnya bagaimana anda menguruskan masa. Dengan menggunakan masa yang diberi sebanyak 24 jam, ada orang menggunakannya sebaik mungkin, berusaha secara smart, menggunakan setiap saat dengan cara yang yang berhemah, akhirnya orang ini menjadi kaya raya atau sukses dalam masa yang singkat.

Sebaliknya, bagi orang-orang biasa, mereka asyik mengabaikan serta menghabiskan masa yang diberi dengan hanya tidur sepanjang hari, melepak tak tentu hala, mengkritik serta mengkomplen kesana-sini..
Akhirnya masa yang diberi berlalu dengan terbuang begitu sahaja atau terisi dengan benda2 yang tidak berguna.

Tak hairanlah, kalau kita terjumpa dengan orang yang berumur 50 thn , tapi masih tiada apa2 dalam hidupnya, tapi ada orang yang belum lagi mencecah 30th, sudah memiliki segala-galanya.

Rakan ku sekalian, berhati-hati dengan kata-kata anda terutama sekali tentang masa.. ramai yang asyik mengatakan aku tidak ada masa, aku sibuk atau macam-macam lagi, ini seolah-olah Tuhan yang membuat masa 24 jam sehari itu tidak betul, sepatutnya kena tambah lagi 6 jam menjadikan 30 jam
sehari. Kalau pun Tuhan tambahkan menjadi 30 jam sehari nescaya tetap ada orang yang masih mengatakan tak cukup masa.

Tidur 8 Jam
Mari kita membuat sedikit analisa tentang masa. Kebiasaannya, kalau anda bertanya kepada seseorang tentang bagaimana mereka membahagikan masa harian mereka, rata-rata akan mengatakan:-

Masa harian adalah terbahagi kepada 3, iaitu 8 Jam untuk bekerja, 8 jam untuk tidur dan 8 jam untuk beribadah dan rehat. Mengikut survey yang saya lakukan sepanjang pengalaman saya, kebanyakan orang biasa akan memberi jawapan seperti tadi. Masa sebanyak 8 jam untuk tidurrrrrrrr setiap hari, [termasuk tidur di pejabat atau di dalam masjid.. !!?]

Menonton TV 5 jam
Persoalan kedua - ialah masa yang diluangkan untuk menonton TV setiap hari adalah berapa lama..?

Mengikut satu laporan yang saya terbaca di sebuah akhbar utama di Malaysia pada sekitar 2005, Kajian terhadap rakyat Malaysia yang berumur 3 thn hingga 63th menonton TV setiap hari adalah purata 5 jam sehari.

Cuba kita kaji lebih mendalam terhadap 2 perkara ini iaitu masa tidur dan masa menonton TV.

Jika anda TIDUR 8 Jam sehari, maka sepertiga dari hari anda telah pun dihabiskan untuk tidur sahaja, bermakna anda telah mengambil masa selama 21 tahun untuk tidurrrrr sepanjang umur anda jika anda hidup selama 63 tahun.

Jika purata menonton TV 5 jam sehari, bermakna [ 5jam x 30hari x 12bulan x 60tahun = 113400 Jam ] anda mengambil masa sebanyak 113,400 jam untuk menonton TV sepanjang hidup anda selama 63 tahun, iaitu kita 13.125 tahun masa yang digunakan untuk menonton TV.

Kalau kita susun bermula dari mula anda lahir.. Setelah berumur 3 tahun maka anda tidurrrrr...tidurrrr.. (selama 21 th), bermakna anda mulai bangkit dari tidur setelah berumur 24 tahun. Apabila bangkit sahaja, anda terus menonton TV­ (jumlah masa menonton TV ialah 13 tahun). Mula menonton Tv ketika berusia 24 dan tamat menonton Tv ialah pada usia 37 tahun. Cuba anda lihat usia anda sudah habis sebanyak 37 tahun dengan hanya tidur dan menonton TV sahaja.

Belum lagi diambil kira, masa termenung dibilik air, masa berleter pada anak isteri secara tak tentu pasal, serta masa melepak di kedai kopi,bilakah masa yang anda gunakan untuk perkara-perkara yang memberi produktiviti seperti belajar, berusaha dan sebagainya.

Nampaknya masa sudah terbuang lebih dari separuh dari umur anda.. sayang sekali. Sebab itulah begitu ramai, dikalangan orang biasa yang sudah berumur 40th atau 50th masih tidak mempunyai apa-apa.

Ini adalah kerana sepanjang hidupnya asyik mensia-siakan masa yang diberi oleh Allah. Jika anda berjumpa dengan orang yang member jawapan aku sibuk atau aku tak ada masa lah.. maka sepatutnya orang itu sudah kaya dan berjaya..

Jika mereka tidak juga kaya atau berjaya, tetapi asyik mengatakan aku sibuk atau aku tiada masa, maka sebenarnya orang ini asyik sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah atau menyibuk serta membuang masa sahaja .

Kalau seseorang itu asyik sibuk dengan perkara yang BETUL, sudah pasti beliau sudah kaya dan berjaya.

Cuba anda imbaskan kembali, sepanjang kesibukan anda 5 tahun yang lepas, sehingga kini masih lagi sibuk.. Apa yang telah anda capai ? Oleh itu berhati-hatilah dengan kata-kata anda.. dan managelah masa anda dengan BIJAK..

Sedikit masa yang anda luangkan mungkin boleh merubah hidup anda di masa depan. Kami komited ingin melihat anda berjaya.

No comments: