Free SubDomain for your site, claim yours now...
http:// .

Tuesday, March 3, 2009

Full time Unit Trust Consultant

Awal bulan Februari kelmarin, saya telah mengambil langkah nekad untuk berhenti kerja & gas kerana nak concentrate pada biz unit trust ni. Ramai yang bertanya, kenapa mesti berhenti? income da stabil ke sebelum berhenti? tak takut ke ngan ekonomi yang tak menentu skang ni?

Bila difikir balik soalan-soalan tadi, banyak unsur-unsur negatif yang ada.. tetapi jawapan yang saya berikan simple je.. saya nak masa yang kualiti untuk anak-anak dan keluarga saya. Saya nak bawa diorang bercuti semasa cuti sekolah dengan rasa tenang tanpa perlu memikirkan tentang deadline kerja di pejabat.

Memang tidak dinafikan, syarikat terbabit memberi gaji yang agak lumayan di samping benefit seperti KWSP yang tinggi, tapi saya fikirkan kehidupan yang terlalu statik ini tak membawa apa-apa makna dalam diri saya. Kerja makan gaji yang selama ni saya sangka boleh memberikan saya kekayaan, tidak kesampaian kerana bila dapat gaji, saya terpaksa membayar semua hutang yang ada..

Saya cuba untuk kerja kuat lagi, tetapi sia-sia kerana saya hanya dapat apa yang mereka janjikan iaitu basic salary, macam tak berbaloi dengan kerja yang saya lakukan. Saya kerja ala kadar, dapat banyak tu, kerja kuat pun dapat banyak tu gak.. hmm...

Atas sebab tak mahu jadi hamba abdi zaman moden, saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.

Selepas sebulan saya berhenti kerja, saya mempunyai banyak masa. Saya boleh menghantar dan mengambil anak saya pergi dan balik sekolah. Setiap petang bermain bola dan ragbi dengan mereka di padang berhampiran. Makan malam bersama-sama mereka. Oh memang indah. Inilah kehidupan yang saya impikan. Ini hanya permulaan.

Perancangan saya adalah untuk membina agensi saya sendiri dan sekarang dalam proses untuk mencari mereka yang berkelayakan untuk bersama-sama saya dalam kerjaya yang menarik ini. Alhamdulillah, setelah lebih kurang sebulan, saya telag mendapat 4 orang tidak termasuk 4 orang yang sedia ada bersama saya.

Jika anda berminat untuk kerjaya ini samada secara full time atau pun part time, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Terima kasih,
herwan
12.27pm
-kat umah-

No comments: