Free SubDomain for your site, claim yours now...
http:// .

Wednesday, March 4, 2009

Untuk Renungan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

"Orang miskin dan golongan pertengahan bekerja untuk wang. Orang kaya membuat wang bekerja untuk mereka"


Sejak kecil lagi kita diajar supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga melanjutkan pelajaran ke IPT & mendapatkan segulung ijazah.



Akhirnya kita mendapat pekerjaan dan wang. Kita hanya diajar untuk mengejar wang tetapi tidak diajar tentang wang. Sebab itu ramai orang bekerja untuk wang tetapi tidak tahu bagaimana wang boleh bekerja untuk mereka.

Kebiasaannya semakin naik gaji seseorang, semakin banyak dia berhutang. Gaji yang lebih tinggi masih tidak mampu menyelesaikan masalah.

Sebenarnya ketakutanlah yang menyebabkan orang terus bekerja. Mereka takut tak dapat membayar bil-bil mereka. Takut dibuang kerja, takut tidak mempunyai wang secukupnya. Takut untuk memulakan hidup baru.Kebanyakan orang menjadi hamba wang.

Ramai orang terperangkap dengan masalah kewangan kerana mereka tidak mempelajari tentang kewangan. Bagaimana kita hendak membebaskan diri dari perangkap kewangan?

Perniagaan ini akan membantu anda menyediakan pelan persaraan. Bersara di sini bukan bermaksud tidak bekerja langsung tetapi boleh memilih untuk bekerja atau tidak.

Ia umpama menanam pokok. Setiap hari kita menyiram pokok itu. Tiba waktunya ia tidak perlu lagi disiram kerana akarnya telah menjangkau jauh ke dalam tanah. Pohonnya yang merimbun menjadi tempat kita berteduh dan buah nya menjadi makanan kita sampai bila-bila.

Itulah konsep utama kenapa kita mesti terlibat dengan industri ini

Sebab itu saya mengajak anda menyertai industri ini bersama dengan PUBLIC MUTUAL, sebuah syarikat yang bertapak kukuh di Malaysia dan melahirkan ramai orang yang bebas dari belenggu kewangan.

Buat satu perubahan dalam hidup, buang segala ketakutan dalam diri anda. Anda yang berhak menentukan hala tuju hidup anda. Anda yang akan memilih samada untuk kaya, sederhana atau miskin.

Bertindak untuk membina perniagaan milik anda sekarang !!

No comments: